Selasa, 11 Julai 2017

UNTUK DIJUAL! - JITRA, KEDAH

TAMAN DESA BUKIT TINGGI, JITRA
KEDAH DARUL AMAN

💲Harga Tawaran : RM380K (negotiable)
💲Nilai Pasaran : RM400K

🔴 Semi-De Satu Setengah Tingkat
🔴 Geran FREEHOLD
🔴 Rizab Melayu
🔴 luas tanah 2,798 kp
🔴 1 master bedroom + attach bathroom/wc
🔴 2 bilik tidur
🔴 1 bilik air/tandas berasingan
🔴 lantai fully tiles
🔴 tambahan dapur kering
🔴 pagar tembok
🔴 kolam ikan hiasan

Kemudahan berdekatan
🔶 Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
🔶 hanya beberapa minit ke Lebuhraya Utara Selatan
🔶 10 minit ke Lapangan Terbang Alor Setar
🔶 Stesyen petrol
🔶 Kawasan BEBAS banjir

Sila hubungi (call/whatsapp)
📳https://tinyurl.com/UPMAS-1
📳https://tinyurl.com/UPMAS-2
📳https://tinyurl.com/UPMAS-3

✔Semua urusan pinjaman diuruskan secara *PERCUMA*
✔Deposit MINIMA
✔Pinjaman 💯% boleh diuruskan (tertakluk kepada terma dan syarat)
✔Rumah boleh diduduki *SEGERA*, tak perlu tunggu selesai urusan pembelian


TERIMALAH HAKIKAT

Sedar atau tidak, suka atau tidak kita perlu menerima hakikat bahawa semakin hari harga rumah makin meningkat. Tidak perlu dibentangkan statistik atau kajian sebagai bukti, anda sendiri boleh mencari bukti melalui pengamatan ke atas rumah-rumah yang ditawarkan untuk dijual di pasaran.

Sedar atau tidak, sejak lebih dua tahun yang lalu kami sering memberi nasihat kepada orang ramai supaya usah mempercayai khabar angin yang mengatakan tahun 2016 dan 2017, harga rumah akan mengalami kejatuhan. Hakikatnya anda boleh lihat sendiri apakah kenyataan itu benar atau sebaliknya.

Lalu siapakah yang beroleh untung daripada khabar-khabat angin sebegini?.

Jawapannya iaitu ada pihak yang boleh mengaut keuntungan, tapi jawapan itu tidak penting untuk diberi keutamaan di sini. Apa yang lebih utama iaitu anda perlu jawab kepada diri sendiri apakah kelebihan yang anda dapat dengan tindakan "tunggu dulu" semenjak dua tahun atau setahun yang lepas?.

Jika anda pada dua tahun atau setahun yang lepas merupakan seorang yang tergolong dalam golongan "tidak layak membuat pinjaman", tetapi hari ini anda telah berjaya diluluskan pinjaman pembelian "rumahku syurgaku" anda, maka kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tersebut. Tetapi jika anda adalah orang yang sama sejak dua tahun atau setahun yang lepas, masih dilingkari masalah yang sama iaitu dengan masalah "high commitment", masih berhadapan dengan harga rumah yang di luar kemampuan dan sebagainya, maka kami juga ucapkan tahniah kepada anda kerana anda telah berjaya membuktikan apa yang telah kami di *Utara Properties & Management Services (UPMAS)* sering sebutkan dan nasihatkan sejak tempoh setahun dua yang lalu adalah suatu yang mempunyai asas kebenaran.

Justeru kami nasihatkan anda untuk kesekian kalinya untuk belajar menerima hakikat akan senario semasa tidak menyebelahi anda sebagai seorang pembeli. Pembeli di Malaysia *TIDAK MAMPU* mengawal harga hartanah walaupun melalui prinsip "demand and supply" kerana sosio ekonomi kita amat berbeza dengan negara-negara lain.

Dan sudah tiba masanya kebanyakan orang perlu menerima hakikat bahawa membeli rumah di Malaysia merupakan satu "perjuangan yang belum selesai". Ia perlu dikategorikan sebagai sebuah "perjuangan" kerana pemilikan hartanah merupakan satu petanda aras kepada pelbagai ukuran samada ukuran penguasaan ekonomi sesuatu kelompok, bangsa atau lainnya, samada sebagai ukuran dan lambang kejayaan oleh seseorang atau satu kumpulan ataupun ukuran-ukuran lainnya.

Akhirnya kita perlu terima hakikat sekiranya setiap dari kita tidak berubah mulai hari ini, keadaan akan lebih teruk menimpa anak cucu kita pada masa hadapan. Ada pihak yang mengatakan "kesusahan zaman hari ini adalah kerana kealpaan zaman lampau", maka usah biarkan anak cucu kita menyalahkan kita pada satu hari nanti kerana hanya mewariskan kepapaan kepada mereka atau dengan bahasa lainnya iaitu hanya mewariskan bumi untuk dipijak, tetapi ia bukan milik kita, tapi ia milik orang.

Zulkifli Hamzah
Utara Properties & Management Services
11 Syawal 1438H

"PENERAJU INFORMASI DAN URUSAN HARTANAH ANDA"

NOTIS

Saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada pembaca budiman kerana sudah agak lama tiada sebarang update di blog ini. Ia kerana saya hilang rekod password untuk memasuki pengaturcara blog.

Alhamdulillah, sekarang sudah ditemukan dan insya Allah pelbagai topik boleh dikongsikan semula.

Zulkifli Hamzah
11 Julai 2017


Bengkel Hartanah Julai & Ogos 2017

PEMBERITAHUAN

Kami akan menganjurkan "Kelas/Bengkel Bimbingan Hartanah LELONG" seperti jadual di bawah

Tarikh : 14 Julai 2017 / 22 Julai 2017 (pilih salah satu)
Hari : Jumaat / Sabtu
Masa : 3:00 - 7.00 petang
Lokasi : Pejabat Urusan Utara Properties & Management Services
               No. 15B, Tingkat 2, Lebuhraya Sultan Abdul Halim,
               Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.

Tarikh : 5 Ogos 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8:30 - 11:30 malam
Lokasi : Restoran Al Khanz Hadramawt
               No. 134, Persiaran 6, Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park,
               09000 Kulim. Tel : 04-402 6433

Yuran : RM90 seorang  (RM160 suami isteri)

Pengisian :
- Peruntukan dan Pematuhan Undang-undang
- Prosedur Lelongan mengikut Undang-undang dan Praktis
- Perkara-perkara penting dalam urusan lelongan
- Jaminan pembelian dan urusan
- Risiko-risiko yang wujud dalam urusan
- Cara-cara untuk mengelakkan kerugian
- Tips dan panduan nasihat hartanah

Tempat adalah TERHAD.
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan kehadiran.
Telefon / whatsapp : 016-378 4419 / 019-426 2439

"PENERAJU INFORMASI DAN URUSAN HARTANAH ANDA"


Selasa, 7 Jun 2016

Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

7 Jun 2016
FOR SALE!!!

istimewa Ramadhan almubarak kepada pembeli yang berjaya
- yuran perjanjian jual-beli PERCUMA
- urusan pinjaman diuruskan PERCUMA
- pinjaman 100% kepada yang layak

013.4946.549
013.4946.549
Call/whatsapp

Dokumen untuk urusan pinjaman
1. Salinan kp
2. Slip gaji
3. Penyata akaun masuk gaji
4. Surat pengesahan majikan
5. Penyata KWSP

Syarat pinjaman 100%
- rumah pertama
- bujang @ berkahwin
- gaji individu tidak melebihi RM5000 sebulan
- gaji suami isteri tidak lebih RM10,000 sebulan
- kerja swasta @ kerajaan
- umur memohon 21-60 tahun
TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN BANK


Bandar Amanjaya, Sungai Petani

7 Jun 2016
FOR SALE!!!

istimewa Ramadhan almubarak kepada pembeli yang berjaya
- yuran perjanjian jual-beli PERCUMA
- urusan pinjaman diuruskan PERCUMA
- pinjaman 100% kepada yang layak

013.4946.549
013.4946.549
Call/whatsapp

Dokumen untuk urusan pinjaman
1. Salinan kp
2. Slip gaji
3. Penyata akaun masuk gaji
4. Surat pengesahan majikan
5. Penyata KWSP

Syarat pinjaman 100%
- rumah pertama
- bujang @ berkahwin
- gaji individu tidak melebihi RM5000 sebulan
- gaji suami isteri tidak lebih RM10,000 sebulan
- kerja swasta @ kerajaan
- umur memohon 21-60 tahun
TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN BANK


Isnin, 28 Mac 2016

Kaedah Pengiraan Pembiayaan Perumahan oleh Bank

Assalamualaikum

Dalam tempoh kebelakangan ini, ramai yg menghubungi saya untuk buat semakan kelayakan pinjaman. Sekarang, saya nak kongsikan bagaimana kaedah pengiraan kelayakan pinjaman seseorang. Sebagai akan bawakan beberapa contoh pengiraan yang sesuai.

Namun sebelum itu, anda perlu faham beberapa istilah penting terlebih dahulu, iaitu :
DSR - Debt Service Ratio. Iaitu had maksima komitmen hutang bulanan berdasarkan pendapatan yang ditetapkan oleh Bank Negara. DSR maksima yang ditetapkan oleh BNM iaitu 70% dari pendapatan kasar. Pengiraan DSR iaitu

DSR  =  (pendapatan × 70) ÷ 100 @ pendapatan × 70% @ pendapatan × 0.7
Contoh : pendapatan bulanan RM2,000
DSR = RM2,000 × 0.7
DSR = RM1,400

Ia bermakna had bayaran bulanan anda dibenarkan iaitu sebanyak RM1,400 sahaja sebulan untuk semua jenis hutang anda.

KOMITMEN - iaitu bayaran bulanan bagi pinjaman/hutang sedia ada.
KOMITMEN BARU - bayaran bulanan bagi pinjaman yang bakal dimohon.

Saya berumur 30 tahun, dengan gaji RM2,500 sebulan, berapa saya layak buat pinjaman beli rumah?
Komitmen sedia ada - kereta RM300
Kad kredit - RM150
Pinjaman peribadi - RM200

komitmen : RM300 + RM150 + RM200 = RM650
DSR : RM650 ÷ RM2500 = 0.26 @ 26%
DSR anda masih di bawah had maksima ditetapkan. Maka anda masih layak utk membuat pinjaman baru. Soalannya : berapa banyak?

Kiraan
RM2500 - RM650 - RM1,000 (KOS SARA HIDUP)
= RM850
Ini bermakna had bayaran bulanan komitmen baru anda hanya RM850 sahaja. Untuk mengetahui amaun pinjaman yang anda layak meminjam, "prinsip 200" boleh digunakan.
RM850 × 200 = RM170,000
Berdasarkan kiraan di atas, kita perlu pula semak bayaran bulanan mengikut umur anda.

Jika anda berumur 30 tahun, bermakna anda masih layak utk memohon tempoh bayaran selama 35 tahu. Dengan pinjaman RM170,000, bayaran bulanan dianggarkan RM800 sebulan. Oleh itu, pengiraan semula DSR anda seperti berikut
DSR = (RM650 + RM800) ÷ RM2,500
DSR = 58%

Melalui pengiraan seperti di atas, anda mempunyai harapan yg baik utk diluluskan pinjaman. Namun, DSR yang ditetapkan berbeza antara bank. Ada bank yang menetapkan DSR mengikut kumpulan gaji. Contohnya bagi gaji RM3,000 ke bawah, ada bank menetapkan DSR maksima pada 60% (ada bank menetapkan 50%).  Dan DSR untuk pendapatan melebihi RM3,001 sebulan, biasanya ditetapkan pada had 70%.

Justeru itu, dinasihatkan sekiranya anda berminat untuk membeli mana-mana rumah @ hartanah, anda perlu terlebih dahulu mengetahui had maksima amaun pinjaman yang anda boleh mohon. Ini bagi memudahkan anda untuk membuat perancangan kewangan sendiri atau membuat perubahan2 tertentu pada pendapatan @ komitmen sedia ada sekiranya DSR anda telah melebihi paras yg ditetapkan.

Sila hubungi kami sekiranya ada kemusykilan. Pengiraan di atas hanyalah sebagai asas sahaja dan bukannya suatu ketetapan akhir. Samada anda layak memohon atau tidak, bergantung kepada polisi semasa bank yang anda mohon pinjaman. Namun asasnya pengiraan adalah sama sebagaimana yang telah dipaparkan di atas.

Untuk makluman anda, had tempoh bayaran balik pinjaman berbeza mengikut bank. Had yang ditetapkan oleh Bank Negara iaitu sehingga umur 70 tahun atau maksima 35 tahun mengikut mana yang sampai dulu. Jika umur anda sekarang 40 tahun, anda masih layak memohon pinjaman untuk tempoh maksima 30 tahun.

Berdasarkan contoh pengiraan di atas, adakah anda layak memohon pinjaman sekiranya anda sekarang berumur 40 tahun?. Mari kita kira
Pinjaman dimohon : RM170,000

Jika kadar pinjaman bank pada kadar 4.6% sebulan, kadar bayaran bulanan iaitu sebanyak RM870 sebulan.

Kiraan
DSR = ((RM650 + RM870) ÷ RM2,500) × 100
DSR = (RM1,520 ÷ RM2,500) × 100
DSR = 60.8%
Jika bank menetapkan DSR pada kadar 70%, maka anda masih layak memohon. Jika di bawah 60%, maka anda sudah tidak layak memohon. Namun begitu, pengiraan di bawah akan diambil kira

Pendapatan : RM2,500
Total Komitmen : RM1,520

Kos sara hidup = RM2,500 - RM1,520
Kos sara hidup = RM980 (baki)
Berdasarkan kiraan di atas, pinjaman anda kemungkinan besar tidak dapat diluluskan sekiranya bank menetapkan kos sara hidup minima adalah RM1,000 sebulan walaupun DSR anda masih tidak melebihi had 70% yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, anda perlu mencari hartanah yang lebih rendah nilai @ harga dengan amaun pinjaman RM170,000 atau anda perlu bersedia membayar deposit @ wang beza yang lebih tinggi sekiranya anda membeli hartanah yang melebihi had ditetapkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...